Asean Football Federation Suzuki Cup 2008

December 5, 2008 by Rohingya Press

Indonesia's Ismed Sofyan (R) battles for the ball against Myanmar's Myo Min Tun during their Asean Football Federation Suzuki Cup 2008 soccer match at the Bung Karno stadium in Jakarta.


Piala Faisal Adidas 08'

September 23, 2008 by Rohingya Press

Kuala Lumpur: seorang kanak-kanak pelarian Rohingya Abdul Syukur Ahmad Hussin berkata, seumur hidup saya belum pernah berpeluang memasuki mana-mana pertandingan bola sepak walaupun di peringkat sekolah meskipun hati begitu teringin menyertainya.

Namun, peluang berkenaan dapat juga saya kecapi apabila Adidas menganjurkan kejohanan sukan Piala Faisal untuk golongan kurang bernasib baik seperti kami ini.

Penyertaan saya buat kali pertama untuk mewakili Blossom Garden Klang
(BGK) di pertandingan bola sepak bawah 17 tahun Adidas Piala Faisal ini sememangnya meninggalkan kenangan manis apabila kami berjaya membawa pulang piala Naib kejohanan. Detik berkenaan memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila, kata Abdul Syukur 16,

Menurut Syukur, sebelum hadir pada pertandingan berkenaan, dia dan rakan tidak meletak sebarang harapan kerana sedar keupayaan pasukan mereka berbanding pihak lawan.

Begitupun, nasib nyata menyebelahi pasukan Blossom Garden Klang
(BGK) , Selangor ini apabila mereka menewaskan Rumah Shalompada perlawanan akhir yang diadakan di Kelab Aman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Biarpun kekurangan kemudahan, pasukan remaja ini tidak pernah menjadikannya sebagai satu alasan kerana matlamat utama mereka ialah bersukan dengan cara yang sihat.

Malah, Blossom Garden Klang
(BGK) Mohd Sadek memberi sokongan padu untuk dirinya dan rakan bertanding dalam kejohanan berkenaan.

Saya serta rakan terkejut kerana berpeluang ke perlawanan akhir dan tidak menyangka mampu mara sejauh itu. Usaha dan pengorbanan pasukan selama ini berbaloi apabila memenangi pertandingan berkenaan yang ditujukan kepada seluruh penghuni Blossom Garden Klang
(BGK) biarpun kita tidak mencapai Piala Kejohanan.

Saya juga ingin merakam jutaan terima kasih kepada pihak Adidas kerana sudi menganjurkan kejohanan ini yang sedikit-sebanyak membantu anak-anak yang kurang bernasib baik seperti kami merasai sendiri pengalaman bertanding pada acara sukan.

Jika ada rezeki, saya mahu menyertainya lagi pada tahun depan dan berharap supaya pasukan kami dapat mempertahankan kejuaraan
pada masa akan datang, katanya ceria.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Adidas Malaysia/Singapura, Darren Choy, berkata pada tahun ini, pihaknya sekali lagi menyokong kejohanan Piala Faisal, sebagai satu usaha untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik menyertai acara sukan menerusi cara yang betul.

Menurut Choy, Piala Faisal diambil sempena nama seorang kanak-kanak yang mati lemas ketika berusaha mengambil sebiji bola yang dijumpai dalam sebatang sungai.

Peristiwa berkenaan meninggalkan kesan di hati masyarakat termasuk pihak Adidas sendiri.

Justeru, kami mengambil keputusan untuk menganjurkan kejohanan sukan Piala Faisal ini kerana Adidas percaya kanak-kanak yang kurang bernasib baik juga perlu diberi peluang terbabit dalam sukan seperti bola sepak dan bola jaring.

Untuk kejohanan kali ini, sebanyak 13 rumah kebajikan dan perlindungan mengambil bahagian iaitu Pertubuhan Pelarian Burma, Rumah Shalom, Rumah Kids, Angkatan Belia Islam Malaysia, Sekolah Tzu Chi, Rumah Shelter, Pusat Harvest, Komuniti Pelarian Kachin, Pertubuhan Pelajar Chin, Persatuan Zomi Malaysia, Blossom Garden Klang dan Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping dengan pelbagai hadiah menarik disediakan, katanya.

Sementara itu, Choy berkata, dengan sumbangan tajaan yang diberikan berupa kelengkapan sukan seperti kasut, pakaian, peralatan, sesi latihan dan peluang berlatih bersama sekolah lain di kawasan masing-masing, pihaknya percaya matlamat penganjuran kejohanan akan dapat dicapai.

Adidas Malaysia percaya jika kanak-kanak bermain, dunia akan menang. Justeru, kami akan terus menyumbangkan barangan diperlukan termasuk peralatan serta kemahiran untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini terbabit dalam acara sukan yang diminati, katanya.

Keputusan penuh:
Bola sepak bawah 17 tahun (Kejohanan Cup)
Juara: Rumah Kids
Naib juara: Blossom Garden Klang
(BGK)

Bola sepak bawah 14 tahun (Kejohanan Plate):
Juara: Persatuan Zomi Malaysia
Naib juara: Pusat Harvest B

Bola jaring bawah 12 tahun:
Juara: Persatuan Pelajar Chin
Naib Juara: Pusat Harvest G

Bola sepak bawah 10 tahun:
Juara : Persatuan Pelajar Chin C
Naib juara : Persatuan Zomi Malaysia.